Rabu, 10 Ogos 2011

PERKATAAN LAZIM KAUM HAWA SERING GUNAKAN



FINE 
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh. 


LIMA MINIT 

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA 
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH! (dengan kening terangkat) 
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. 

MENGELUH YANG KUAT 
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'. 

MENGELUH YANG PERLAHAN 
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. 

OKAY LAH 
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. 

BUAT LAH 
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. 

TOLONGLAH 
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. 

TERIMA KASIH 
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia 
berkata 'TAKDE APA-APA'.

Isnin, 8 Ogos 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANYS SAJAA

ASSALAMUALAIKUM
SALAM RAMADHAN SALAM SATU MALAYSIA DARI SHEQUEEN SHIKIN (^_*)

Hari ini hari yang sangat terik bertarikh 9 Ogos 2011 bersamaan 9 Ramadhan 1432 H, Selasa.. bersamaan hari lahir Nur Anis Shada or nama gila glamournya Anys Sajaa.. haha..




Now, let me take the opportunity to let you know that you have grown a year more…Wish you a many many happy returns of the day. May God bless you with health, wealth and prosperity in your life. HAPPY BIRTHDAY TO YOU.

SWEET 16!

sample je*took from google (^_~)


We are sisters by chance, friends by choice.




Maafkan saya atas beberapa perkara (baca senarai dibawah);

1. Maaf sebab xwish birthday kerana kehabisan kredit. msti kau tertunggu2 wishes from me kn.. (padahal xpn) haha.
2. Maaf juga sebab xdpt nk celebrate sama2.. xdapat nk nyanyi lagu birthday time kau potong kek nnt.. jgn sedih k.. ^_^
3. Hadiah? erm.. xya bule kn? next time la. xya la bgos.. kn kn..


Janam Din ki badhai! Indian version.. (^_~)


Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan datang lagi!

Assalamualaikum 
Salam Ramadhan dari SHE QUEEN (^_~)
Alhamdulillah ramadhan datang lagi.




 Syukur kita tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui bulan Ramadhan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibubapa, suami kepada isteri, isteri kepada suami, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita.

Setelah anak bulan puasa kelihatan marilah kita berazam supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya kerana belum tentu Ramadhan tahun depan kita diberi peluang untuk bertemu.
Selamat berpuasa dr saya n bakal suami (^_~)



Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakkan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
  • Dan jangan terlupa zakat fitrah.






*dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada geng2 blogger semua ats kesilapan diri ini.. semoga kita diberi kesabaran menjalani ibadah puasa tahun ini.. * :)

Selasa, 26 Julai 2011

Sedang kita lupa siapa diri kita..

Segmen Muhasabah Diri dan Insafi Diri
 bersama SHE_QUEEN SHIKIN (^_~)

Kita sibuk lantaran waktu yang suntuk...
Kita celaru, lantaran waktu yang cemburu...
Kita kecamuk, lantaran waktu yang kalut...
Kita kebas, lantaran waktu yang pantas...

Namun hakikatnya...

Allah hanya minta waktu lima kali sahaja,
sehari semalam untukNya...
Allah hanya panggil ketika azan berbunyi,
cuma lima kali sehari semlam...
Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk kita berdoa kepadaNya...
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk kita menambah amalan...
menghadapNya...

Jadi mengapa persis Allah memberi waktu yang tidak cukup...
Sedangkan waktu itu milik Allah seluruhnya.

Aduhai manusia aduhai insan,
Apapun darjat apapun pangkat,
disisiNya...
Kita adalah hamba yang hina..




Isnin, 25 Julai 2011

5 Hal yang Disembunyikan Wanita Dari Pasangannya


Ada 5 Hal yang sering disembunyikan oleh seorang wanita dari pasangannya. Dengan kata lain 5 kebohongan wanita terhadap lelaki.



1. Bekas kekasih
Banyak wanita yang tidak berterus terang pada pasangannya tentang jumlah lelaki yang pernah dekat dengannya. Alasan wanita, mereka tak ingin dianggap wanita yang sering bertukar-tukar lelaki.

Selain itu, mereka juga ingin menjaga perasaan pasangannya, dan tak ingin hubungan itu rosak, terutamanya jika jumlah lelaki si wanita itu cukup banyak.

2. Alasan putus hubungan
Wanita seringkali memakai alasan ini untuk memutuskan hubungan dengan lelaki. Sebab, wanita tidak ingin terlalu lama berkonflik, then dia pun akan mengaku sebagai pihak paling bersalah. "Ini bukan salah kamu, tapi ini salahku." *ayat biasa perempuan.. (^_~)*

3. Soal berat badan
Kebanyakan wanita merasa tidak selesa ketika harus bercerita soal berat badan kepada pasangannya. Sometimes, perempuan terpaksa tidak berterus terang tentang itu. Bukan bermaksud menipu kekasih, tapi kerana ingin selalu nampak menarik di mata pasangan. *soal berat badan ni sensitif bg perempuan yg gemuk mcm saya ni la.. haha :D*

4. Memendam masalah
Ketika seorang lelaki bertanya kepada pasangannya, kenpa diam saja. Wanita sering menjawab, "Tidak ada yang salah. Aku baik-baik saja." Bila lelaki mendengar jawapan seperti itu, sebaiknya berhati-hati menghadapinya. Biasanya ada sesuatu yang salah dan tak kena.

5. Soal teman pasangan 
"Aku tidak keberatan jika kamu pergi dengan teman-teman." Memang, wanita boleh menunjukkan wajah ikhlas ketika lelaki meminta izin untuk pergi bersama teman-temannya. Namun, biasanya wanita tetap merasa curiga, walaupun pada akhirnya tetap mengizinkan pasangannya pergi. 

Ahad, 10 Julai 2011

SAD STORY:: MY REAL LIFE :'(

Semalam aku pergi menziarahi kubur arwah mama.. Entah knp aku menangis mase siram air kt atas kubur mama... aku tau berdosa meratapi pemergian insan yg telah tiada tetapi aku gagal menahan air mata ni dr gugur..
 MAAFKAN AKU YA ALLAH.. 

Teringat kembali saat-saat arwah mama masih ad disisi aku..
 menemani tidurku.. 
Kehilangan mama sangat-sangat ku rasai walaupun mama da lama sakit.. Penyakit yg dihadapinya benar-benar menyiksakannya.. Mama terlalu lama terlantar di hospital.. Aku turut terasa keperitannya setiap kali ayah membawa aku menziarahi mama.

Kakak.. mama dah tak de... airmata aku mengalir lagi... Aku kehilangan mama? mama yg selalu manjakan aku.. jaga aku masa aku sakit.. mama la segalanya utk aku... tp aku redha.. 24.10.1997 mama menghembuskan nafasnya yg terakhir.. meninggalkan ayah, aku dan adik aku utk selamanya.


Kini hanya kenangan seperti itulah yang  aku bisa ingat tentang mama...begitu banyak kenangan yang ditinggalkan mama yang terkadang hanya dengan mengingatnya air mataku keluar dengan sendirinya tanpa aku sedari...bagaimana tidak mama pergi untuk selamanya tanpa aku di sampingnya... namun aku hanya bisa ikhlaskan kepergian mama...



Semoga Allah SWT. menberi tempat yang layak di sisi-Nya untuk mamaku....
"  Rabbighfirlli waliwaa lidayya warhamhuma kamaa rabbayaanii shagira "...
Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani diriku sewaktu kecil...
Ma hanya Do'a yang dapat ku kirimkan untukmu....Damailah engkau di sana ...


Rabu, 29 Jun 2011

LOVE STORY: KISAH DULU-DULU

Assalamualaikum (^_~)
Tetibe hati ni rasa nak update entry baru.. Entry kali ni nk story pasal kisah cinta saya mase dulu-dulu.. Just nk share entry ni ngan semua.. Mesti ade yg terasa nk menangis bila bace entry ni.. memandai je wat andaian sendiri..Hee~ :D

Kata Wan saya:: Pilihlah orang yang mencintai kita kerana orang yang mencintai kita akan sanggup berkorban apa sahaja untuk kita.
Lelaki ini :: Anuar Zain ::
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…


Pernahkah anda jatuh cinta?
 Pernahkah anda menjadi cinta pertama kepada seseorang? 
Aku sering jatuh cinta tapi pertama kali aku merasa menjadi cinta pertama kepada seseorang ketika aku di Tingkatan 4. 
Dia tujukan lagu ini khas untuk aku (Lagu Anuar Zain tu la), hehe.. malu sudah (^_~).
 Malangnya hubungan ini terputus ditengah jalan, mungkin aku ditakdirkan untuk menyayangi dia sebagai sahabat sahaja. 
Kadang-kadang kita lebih baik berterus-terang daripada terus memberi harapan. Tapi aku ada berterus-terang ke? mungkin aku terlupa pada prinsip sendiri masa tu… 
Sebab kadang-kadang terasa indah dunia ini bila kita tau kita dicintai. Lebih-lebih lagi bila si dia yang menyintai itu agak comel juga  dan bila dia sanggup menerima kekurangan kita… hehe :)
Tamat je SPM, tamat jugalah love story kami mse tu.. yeke? lame jgk la nk lpekan si dia sebenarnya! hehe.. Kantoi sudah (^_~)
" past is a good place to visit but certainly not a good place to stay"



*p/s utk semua: Jangan menjadi seperti saya, sering mengalah sebelum berjuang.. Hanya sebab merasa diri ini serba kekurangan berbanding dengan orang lain. Bila keyakinan diri goyah maka kegagalan akan menjadi teman kita yang paling setia. Ayuh berjuanglah dan menangilah cinta mu. (^_~)