Ahad, 2 September 2012

MY BUBU @ chihuahua

Assalamualaikum .  






kemunculan yang dinanti-nantikan.. taraaa... ni la gambar my lovely bubu. tak macam kejam pulak kan tarik leher kucing ni. hehe. tak senyum pun. sebab kena paksa amik gambar. maaf sayang. -_-'

Kucing ni da gemuk sekarang. breakfast nuget pulak setiap pagi.lunch n dinner on time. kalau tak gastrik pulak dia. 


geram geram pun sayang jugak kat awak tau. even awak nakal. love u babe! :)

UNTUK DIA



ASSALAMUALAIKUM.

Entri kali sy tulis untuk dia. We’re same while in secondary school, futher study in same college. Kita pun dah plan nak sambung our degree in same U. tapi… tak kesampaian. Kita hanya merancang tapi hanya  Allah yang menetukan .  Bila semua  org  tanya, knp aku tak pergi sambung belajar kat sana? Tu kan peluang yg baik. Bukan tak nak, tapi terpaksa menolak tawaran itu atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ada hikmahnya. Aku selalu pujuk hati aku “ buat apa menangis kalau tak ade rezeki kita kat situ. Come on. Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah kasik apa yang kita perlu.


Setiap manusia inginkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup. Namun perjalanan mencari kejayaan tidak semudah impian yang dibina , terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Mimpi tidak selalunya indah dan hidup tidak selalu payah. Keringat dan airmata menjadi teman  perjuangan sebenar di dalam mencari kejayaan . Tidak  ada istilah putus asa atau jemu jika ingin berjaya.



3 jasad, 3 hati, 3 jiwa tapi 1 impian. :)


Tahniah atas kejayaan kalian. Berkat usaha dan doa yang tak putus-putus. Usaha yang tiada henti. Akhirnya Allah perkenankan. Semoga dipermudahkan segala urusan disana nanti. Hanya doa yang dapat dikirimkan selama keberadaan kalian disana nanti.


Ingatlah..
Langit tidak selalunya cerah , adakalanya hujan turun di tengahari. Ada yang mampu berdiri menghadapi ujian hidup, namun ada juga yang rebah. Yang pasti , disebalik setiap ujian hidup yang tersurat pasti ada hikmah yang tersirat. Kasih sayang Allah tiada batasnya, bagi setiap duka dan derita pasti ada penghujungnya. Semoga esok yang mendatang adalah hari-hari yang lebih cerah dan gemilang buat kita semua.


Pesanan terakhir dari saya dan keluarga:

Hope both of you dapat sesuaikan diri dengan keadaan cuaca kat sana nanti. Jaga makan dan minum, jaga kesihatan. Kalau fatah sakit, khaidir tolong suapkan ubat. Then, kalau khaidir sakit fatahlah jadi nurse nya. Alahai sweetnya. Hehe.

Focus on your study. Selalu practice ckp arab k. Practice make perfect!

Semoga selamat pergi dan selamat sampai. Semoga persahabatan kita kekal hingga jannah. Insya-Allah. 

Khamis, 23 Februari 2012

Pesanan Buat Wanita Seluruh Dunia



Semakin saya matang, semakin saya dewasa. Saya mula berfikir, cinta tidak pernah punya kuasa. lebih-lebih lagi pada manusia yang cuma menimbulkan kuasa gelora nafsu kita sendiri. 


So, say no to love? eh. bukan la macam tu. cuma simpan la kata-kata cinta, rindu dan sayang selepas kahwin nanti. Just for our husband okay








Kita ingin melakukan sesuatu tapi hati kita, perasaan kita tak sama dengan mulut yang membicarakan kata-kata kerana itu, banyak janji-janji kosong bertebaran. kuatnya mainan SYAITAN sehingga membawa kita ke jurang neraka.


 Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan." (Yusuf 12:53)


p/s : Saya BUKAN tidak sabar, hanya tidak ingin menanti kerana BERANI MEMUTUSKAN adalah juga kesabaran. terkadang PENANTIAN ini membuka PINTU-PINTU SYAITAN tanpa sedar.


Sabtu, 18 Februari 2012

EXAM!!




WHEN WE ARE IN EXAMINATION
HALL AS A STUDENT...

1) WE ARE NOT ALLOWED TO COPY OR CHEAT FROM OTHERS
2) WE ARE NOT ALLOWED TO OPEN A BOOK WHEN WE FORGET
3) WE ARE NOT ALLOWED TO HELP ANYONE ELSE TO PASS THE EXAM!







"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya." 
(An-Najm, 53: 39)


THE BEST Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST,

He just wants u to DO YOUR BEST & He will take care of THE REST.
Be strong & keep on praying.


guys! get prepared for your exam. BEST OF LUCK. :)



Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan.


For those who are seating an examination for this semester either in local or overseas universities especially to all SIIUC students, bitaufiq wan najah & wish all of u the best of luck. Aamiin Ya Rabb..

Keep on praying & never hesitate until you try it because Allah is always by ourside.





hopefully we will score all A's. the most important things is BERUSAHA, DOA & TAWAKAL. ^_^





DOSAKU TERLALU BANYAK


Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yang saya sayangi kerana Allah swt.


Sudahkah kita mengucapkan syukur kepada ALLAH hari ini ? 

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri kita. "KENAPA Allah masih HIDUPKAN aku pada hari ini?".

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali ialah "kerana DOSAKU terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (MEMBERI MASA) aku untuk BERTAUBAT.." ♥♥




p/s: Allahuallah :(

APABILA CINTA MENGETUK HATI

~✿ C.I.N.T.A ✿~ 

Lima huruf kecil yang memberi KESAN yang cukup besar..seorang yang MISKIN berubah menjadi kaya, kerana cinta..seorang yang BODOH berubah menjadi cerdik, kerana cinta. .seorang yang HODOH berubah menjadi cantik, kerana cinta..seorang yang KOLOT berubah menjadi moden, kerana cinta.


Sampai ke SATU TAHAP, cinta ini boleh MEMAKAN DIRI MANUSIA..seorang yang TERPELAJAR boleh hilang maruah dan harga diri, kerana sebuah cinta..seorang yang KAYA dan berada boleh menjadi papa kedana, kerana sebuah cinta..seorang yang WARAS dan CERDIK, boleh terjun bangunan atau meneguk racun tikus, kerana sebuah cinta..seorang GADIS yang lemah lembut dan mendengar kata, boleh lari dari rumah kerana sebuah cinta..HUBUNGAN antara anak dan ibu bapa boleh PUTUS, juga kerana sebuah cinta.


>>> Ketika cinta datang..adakah kamu akan terus memberi PELUANG dan RUANG..terus menerima kata sayang, cinta dan rindu..terus membiarkan hati kamu DISENTUH dan terus mengikut rasa hati? Atau kamu akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar BERDATING, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Atau kamu akan merujuk terus kepada TUAN PUNYA RUMAH..dalam diri kamu ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah Allah..adakah merujuk kepada Allah itu tindakan PERTAMA dan UTAMA, atau hanya tindakan susulan selepas kamu beroleh kecewa?


Maka, RENUNG-RENUNG dan timbang taralah dengan diri masing-masing..cinta yang datang bertamu TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN..begitu juga jika terbukti tetamu itu adalah SANG NAFSU bertopengkan cinta..tetapi semuanya terletak di atas KEIMANAN dan KETAQWAAN kamu kepada Pemilik segala cinta..bukan bermakna menyuruh kamu berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha..sekadar mengajak untuk MERUJUK kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah BERHIMPUN segala cinta yang ada..♥♥♥♥


Khamis, 16 Februari 2012

CINTAI ALLAH SEBELUM CINTAI DIA


Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,

Yakinlah dengan qada' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,

Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat.

Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata



"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24.  Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam
1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.
Mana satukah pilihan cinta kita??? Cinta pertama atau kedua atau ketiga?? Seperti mana kata ustazah Fatimah Syarha, pengarang novel Tautan Hati, cinta kekasih pacaran (yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa? Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al Quran
Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" .

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]