Ahad, 2 September 2012

MY BUBU @ chihuahua

Assalamualaikum .  






kemunculan yang dinanti-nantikan.. taraaa... ni la gambar my lovely bubu. tak macam kejam pulak kan tarik leher kucing ni. hehe. tak senyum pun. sebab kena paksa amik gambar. maaf sayang. -_-'

Kucing ni da gemuk sekarang. breakfast nuget pulak setiap pagi.lunch n dinner on time. kalau tak gastrik pulak dia. 


geram geram pun sayang jugak kat awak tau. even awak nakal. love u babe! :)

UNTUK DIA



ASSALAMUALAIKUM.

Entri kali sy tulis untuk dia. We’re same while in secondary school, futher study in same college. Kita pun dah plan nak sambung our degree in same U. tapi… tak kesampaian. Kita hanya merancang tapi hanya  Allah yang menetukan .  Bila semua  org  tanya, knp aku tak pergi sambung belajar kat sana? Tu kan peluang yg baik. Bukan tak nak, tapi terpaksa menolak tawaran itu atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ada hikmahnya. Aku selalu pujuk hati aku “ buat apa menangis kalau tak ade rezeki kita kat situ. Come on. Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah kasik apa yang kita perlu.


Setiap manusia inginkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup. Namun perjalanan mencari kejayaan tidak semudah impian yang dibina , terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Mimpi tidak selalunya indah dan hidup tidak selalu payah. Keringat dan airmata menjadi teman  perjuangan sebenar di dalam mencari kejayaan . Tidak  ada istilah putus asa atau jemu jika ingin berjaya.



3 jasad, 3 hati, 3 jiwa tapi 1 impian. :)


Tahniah atas kejayaan kalian. Berkat usaha dan doa yang tak putus-putus. Usaha yang tiada henti. Akhirnya Allah perkenankan. Semoga dipermudahkan segala urusan disana nanti. Hanya doa yang dapat dikirimkan selama keberadaan kalian disana nanti.


Ingatlah..
Langit tidak selalunya cerah , adakalanya hujan turun di tengahari. Ada yang mampu berdiri menghadapi ujian hidup, namun ada juga yang rebah. Yang pasti , disebalik setiap ujian hidup yang tersurat pasti ada hikmah yang tersirat. Kasih sayang Allah tiada batasnya, bagi setiap duka dan derita pasti ada penghujungnya. Semoga esok yang mendatang adalah hari-hari yang lebih cerah dan gemilang buat kita semua.


Pesanan terakhir dari saya dan keluarga:

Hope both of you dapat sesuaikan diri dengan keadaan cuaca kat sana nanti. Jaga makan dan minum, jaga kesihatan. Kalau fatah sakit, khaidir tolong suapkan ubat. Then, kalau khaidir sakit fatahlah jadi nurse nya. Alahai sweetnya. Hehe.

Focus on your study. Selalu practice ckp arab k. Practice make perfect!

Semoga selamat pergi dan selamat sampai. Semoga persahabatan kita kekal hingga jannah. Insya-Allah. 

Khamis, 23 Februari 2012

Pesanan Buat Wanita Seluruh Dunia



Semakin saya matang, semakin saya dewasa. Saya mula berfikir, cinta tidak pernah punya kuasa. lebih-lebih lagi pada manusia yang cuma menimbulkan kuasa gelora nafsu kita sendiri. 


So, say no to love? eh. bukan la macam tu. cuma simpan la kata-kata cinta, rindu dan sayang selepas kahwin nanti. Just for our husband okay








Kita ingin melakukan sesuatu tapi hati kita, perasaan kita tak sama dengan mulut yang membicarakan kata-kata kerana itu, banyak janji-janji kosong bertebaran. kuatnya mainan SYAITAN sehingga membawa kita ke jurang neraka.


 Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan." (Yusuf 12:53)


p/s : Saya BUKAN tidak sabar, hanya tidak ingin menanti kerana BERANI MEMUTUSKAN adalah juga kesabaran. terkadang PENANTIAN ini membuka PINTU-PINTU SYAITAN tanpa sedar.


Sabtu, 18 Februari 2012

EXAM!!




WHEN WE ARE IN EXAMINATION
HALL AS A STUDENT...

1) WE ARE NOT ALLOWED TO COPY OR CHEAT FROM OTHERS
2) WE ARE NOT ALLOWED TO OPEN A BOOK WHEN WE FORGET
3) WE ARE NOT ALLOWED TO HELP ANYONE ELSE TO PASS THE EXAM!







"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya." 
(An-Najm, 53: 39)


THE BEST Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST,

He just wants u to DO YOUR BEST & He will take care of THE REST.
Be strong & keep on praying.


guys! get prepared for your exam. BEST OF LUCK. :)



Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan.


For those who are seating an examination for this semester either in local or overseas universities especially to all SIIUC students, bitaufiq wan najah & wish all of u the best of luck. Aamiin Ya Rabb..

Keep on praying & never hesitate until you try it because Allah is always by ourside.





hopefully we will score all A's. the most important things is BERUSAHA, DOA & TAWAKAL. ^_^





DOSAKU TERLALU BANYAK


Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yang saya sayangi kerana Allah swt.


Sudahkah kita mengucapkan syukur kepada ALLAH hari ini ? 

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri kita. "KENAPA Allah masih HIDUPKAN aku pada hari ini?".

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali ialah "kerana DOSAKU terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (MEMBERI MASA) aku untuk BERTAUBAT.." ♥♥




p/s: Allahuallah :(

APABILA CINTA MENGETUK HATI

~✿ C.I.N.T.A ✿~ 

Lima huruf kecil yang memberi KESAN yang cukup besar..seorang yang MISKIN berubah menjadi kaya, kerana cinta..seorang yang BODOH berubah menjadi cerdik, kerana cinta. .seorang yang HODOH berubah menjadi cantik, kerana cinta..seorang yang KOLOT berubah menjadi moden, kerana cinta.


Sampai ke SATU TAHAP, cinta ini boleh MEMAKAN DIRI MANUSIA..seorang yang TERPELAJAR boleh hilang maruah dan harga diri, kerana sebuah cinta..seorang yang KAYA dan berada boleh menjadi papa kedana, kerana sebuah cinta..seorang yang WARAS dan CERDIK, boleh terjun bangunan atau meneguk racun tikus, kerana sebuah cinta..seorang GADIS yang lemah lembut dan mendengar kata, boleh lari dari rumah kerana sebuah cinta..HUBUNGAN antara anak dan ibu bapa boleh PUTUS, juga kerana sebuah cinta.


>>> Ketika cinta datang..adakah kamu akan terus memberi PELUANG dan RUANG..terus menerima kata sayang, cinta dan rindu..terus membiarkan hati kamu DISENTUH dan terus mengikut rasa hati? Atau kamu akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar BERDATING, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Atau kamu akan merujuk terus kepada TUAN PUNYA RUMAH..dalam diri kamu ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah Allah..adakah merujuk kepada Allah itu tindakan PERTAMA dan UTAMA, atau hanya tindakan susulan selepas kamu beroleh kecewa?


Maka, RENUNG-RENUNG dan timbang taralah dengan diri masing-masing..cinta yang datang bertamu TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN..begitu juga jika terbukti tetamu itu adalah SANG NAFSU bertopengkan cinta..tetapi semuanya terletak di atas KEIMANAN dan KETAQWAAN kamu kepada Pemilik segala cinta..bukan bermakna menyuruh kamu berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha..sekadar mengajak untuk MERUJUK kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah BERHIMPUN segala cinta yang ada..♥♥♥♥


Khamis, 16 Februari 2012

CINTAI ALLAH SEBELUM CINTAI DIA


Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,

Yakinlah dengan qada' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,

Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat.

Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata



"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24.  Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam
1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.
Mana satukah pilihan cinta kita??? Cinta pertama atau kedua atau ketiga?? Seperti mana kata ustazah Fatimah Syarha, pengarang novel Tautan Hati, cinta kekasih pacaran (yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa? Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al Quran
Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" .

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

HANYA KERANA MAMPU JADI IMAM.

AAssalamualaikum bakal suamiku ku. eh. Apa khabar imanmu hari ini? :)




Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam? Tidak ada syarat susah. Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. Doa? Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu. Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan. 

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan  orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."

 ( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerana dia mampu jadi Imam.

Ahad, 12 Februari 2012

KAU WANITA BERJILBAB.



Assalamualaikum para muslimat :)




Jilbabmu lebar membingkai angkasa…
Matamu menunduk menjaga agar tak menjadi hina…
Ucapanmu lembut menenangkan gundah gulana…
Tingkahmu santun menjaga agar gerak gerik tubuhmu tak mengundang fitnah...


Sahabatku yang bergelar wanita solehah 
Engkau yang menunduk dalam keramaian
Engkau yang bertingkah santun dalam setiap gerakan
Sangat mempesona bagi mereka yang mengerti akan hadirnya dirimu 
Auratmu tertutup & Tatapanmu lembut
Lisanmu selalu basah dengan Asma-NYA
Hatimu bergetar tatkala disebut Nama Kekasihmu, ALLAH SWT

Engkau sama dengan wanita lainnya dalam hal penciptaan 
Hanya saja kau sangat mempesona dengan hijabmu yang tertutup sempurna
sangat indah dengan rohmu yang anggun & sangat dirindu dengan tatapan lembut penuh cinta kepada Sang Pencipta


Hijab doesn't only mean to cover head.
It means to cover whole body with loose clothes, including the head.
Importantly, lower gaze.



Cintaiku Kerana ALLAH
Jangan memandang kerana apa yang tertampak diluar diri saja
Aku tak inginkan harta yang melimpah-ruah
akan lebih baik jika itu kita gunakan di jalan-NYA
kelak ketika kita bersama 

Aku tak mengharapkan kau yang tampan 

memadai kau yang bisa mendampingiku dalam suka duka

itu lebih baik 

Jika kau tampan
maka itu adalah bonus dari-NYA untukku atas buah kesabaranku menantimu 
Aku tak inginkan apapun darimu cukuplah engkau mampu membimbingku untuk lebih mencintai-NYA & membina keluarga yang selalu berada dijalan-NYA
insyaALLAH itu jauh lebih berharga



Semoga kelak kami para wanita dapat menjadi seorang akhwat yang sejati yang selalu mengerti akan batasan-batasan diri ini dengan hal-hal yang tak diredhai-NYA

Seeing a woman with a Hijab on her head is like finding a diamond amongst some stones


The Beauty of Islam

Isnin, 30 Januari 2012

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. eh, da macam nak bagi speech pulak kan. So, dengar jela. :)


First of all nak ucap tahniah kepada penganjur program Ustaz Azhar  Idrus di masjid Shah Alam semalam. Lebih 30,000 orang hadir. That's very suprising. Hopefully program dakwah sebegini lebih kerap diadakan dan kurangkan aktiviti berunsur kemaksiatan okay? Maklumlah kan ceramah Ustaz Azhar vs AJL. jadi topik hangat di fb semalam. Tak salah nak berhibur tapi mestilah berpandukan syariat Islam. Islam itu indah. Ikutlah cara yang betul. 


It's okay to have fun as long kita ikut apa yang sudah digariskan dalam Syariat. Firstly as a women kita kena lah jaga aurat dari pandangan lelaki yang ajnabi. apa pulak lelaki ajnabi? Maksudnya lelaki yang kita boleh kahwin la selain papa, daddy, puppy. eh? bukan sama ke. haha. whatever. Then, harus dong jaga adab kita, jangan ada pergaulan yang terlalu bebas dengan lelaki. Kalo tak de unsur -unsur maksiat hiburan itu diharuskan. Betol, percayalah Islam itu sangat indah kan. 


Aku pun pernah join ladies night, dengan music yang kuat, lampu sorot  bewarna -warni ala-ala clubbing tuh, berjoget, dan segala macam tarian then fashion show n ada jugak artis-artis jemputan malam tu. eh.. jangan salah faham dulu. bukan seperti yang dibayangkan okay. Semua adalah wanita. "Men are not allowed".




Datang awal gara-gara nak jumpa Irma Hasmie. First time tengok artis kan. jadi macam sakai la sume. (sakai sikit je okay). ;)






Okay, even aku tak dapat nak bersalaman dengan Irma ni tapi yang penting aku da tengok dia depan-depan. Air mata ni sempat jugak la nak terkeluar bila pandang muka Irma. Rasa terharu sebab she's the lucky one that chosen by Allah ,dapat hidayah dari Allah. Alhamdulillah. Irma ni sangat-sangat la cantik. Cantik bila freehair tapi lebih cantik dan indah bila bertudung. :)


Okay, penat la membebel panjang. Cukup la sampai sini. Yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah dan jelek itu dari kelemahan diri saya saya sendiri. Wallahualam. :)

Ahad, 29 Januari 2012

SNAP!

Assalamualaikum.


Let's start reading this entry with bismillah, alhamdulillah. :)


Actually, nak cerita perihal my younger sister ni Marsya. Dari kecik aku panggil dia 'princess'. (gediks!) Semua orang kat dalam rumah mesti naik menyampah bila aku panggil nama dia macam tu. Annoying katanya.  Okay, that just introduction for my entry. let's going to main point. Actually, she is very talented as a model. cilik model. Suruh la dia buat muka ape pun pasti menjadi. Nak jadi Amber Chia gamaknya. Astagfirullah.





Time ni aku request dia buat muka angry bird.  Tapi muka apa yang terhasil ni. Adehh! 



 Cuba perhatikan baik-baik dan cari benda tersembunyi dalam gambar ini. Gimik je. Since adik dah pandai wat pose-pose yang menarik mesti la mewarisi kelebihan itu from her sister right? haha. So, betullah peribahasa nenek embah kita dulu-dulu. KEMANA TUMPAH NYA LAUK KALAU BUKAN KAT ATAS LANTAI. ekh? yeke. sesuwei sangat la tuh. ^_^




We're sister by chance, and friend by choice


Okay la okay, that all. Just want to share it. Sekian. PEACE ! :)

Sabtu, 28 Januari 2012

HENSEM BETOL ORANG YANG TAK MEROKOK TU. :)

Assalamualaikum


Entry ni utk mentazkirahkan smoker2 kat luar sana. READY? ok, start.  Well bagi aku smoker ada dua jenis. berhemah dan habis perangai macam haram selfish tahap resdung. Ok sedia maklum , kita yang bau asap rokok ni lagi bahaya dari orang yang merokok tu sendiri. basically means that if orang merokok depan kau , sengaja or tak diorang memang ajak kau mati sekali tu .

Smoker yang berhemah adalah mereka yang memang smoker tegar namun mempunyai isi perut hati dan perasaan memikirkan tentang orang lain. Maksudnya diorang takkan merokok in public especially bila ada WANITA. to be exact lagi , ada kanak kanak and ibu mengandung. tapi generally , not in public la sebab tidak membahayakan orang lain.

Smoker yang langsung takde adab , adalah yang dah lah merokok in public . lagi pulak kau tengah berjalan jalan dan hisap rokok dan hembus asap tu sepanjang lah kau jalan , tak perasan ke ada manusia lain? Bukan dia sorang je tengah jalan jalan kat tempat tu.lagi lagi pasar malam or , uptown ke mall ke anywhere lah yang memang orang ramai akan pergi.

Firstly , aku memang takkan setuju kalau orang cakap smokers ni jahat. No , they're not. Cuma yelah , orang jahat selalu nya merokok but not semua orang merokok is jahat. two different thing. Cuma nya , merokok tu dah satu hal ala ala bunuh diri dah tu. Dan ada fatwa mengatakan it's haram sebab ambik banyak ke sikit ke memang bahayakan kesihatan. but please , please concern about orang disekeliling.





Kalau nak rosakkan diri. make sure it affects on you,ONLY. jangan nak merosakkan orang lain.


Hi kehadapan smokers yang sebenarnya kacak sekalian,

I know betapa addict nya dikau untuk smoke , tapi sila be alert yang di dunia ini it's not about yourself. If merokok in public tu tak menyusahkan orang sikit pun. it's fine. Lantaklah dikau nak mati sorang sorang. But since it's killing everyone who breathes in your asap rokok . Sila tabahkan diri dan be gentle untuk tidak merokok sama sekali depan orang ramai. Because , do we have any perjanjian that we we want to die together? No . Kan? so yeah . Don't smoke infront of us. would cha? I want to live longer. Oh kalau degil kau nak merokok jugak depan orang ramai , kau telan asap tu please? Jangan hembus.

Sekian , wassalam.


and btw , lelaki gentle adalah yang walaupun awek dia kata . I tak kisah you nak smoke. but kalau gentle lu sayang awek tu , awak tak smoke depan dia. okay?

Untuk definisi lebih macho . Jadilah smoker yang gentle dengan tak merokok in public. Untuk result yang lebih lelaki sejati , cecuba cuba lah berhenti merokok.  Tidak merokok adalah hensem.

BYE NAK BUAT SEPANDUK "TIDAK MEROKOK ITU HENSEM DAN SEKSI."