Selasa, 28 Disember 2010

HILANGKAN SIKAP TAKBUR

Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadat daripada kita. 

Apabila berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu.

Apabila berjumpa orang jahil, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia. Tetapi katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat di masa tuanya sedangkan kita belum tahu akhirnya.

Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Lawan sifat sombong adalah tawaduk n rendah diri.. :) 

Tiada ulasan: