Isnin, 6 Jun 2011

Sukarnya Menjaga Hati

Termenung seketika memikirkan persoalan ini...


Saya akui menjaga hati sebagai "rumah" bagi jasad luaran bukan suatu tugas yang mudah.
Syaitan dan iblis yang begitu konsisten menyesatkan manusia, sentiasa memiliki teknik dan taktik licik dan cerdik. Ditambah pula pula dengan kerjasama nafsu ammarah yang selalu mengajak kepada keburukan dan dosa.


Sungguhpun telah melakukan kebaikan dan amal soleh, tanpa pengawasan dan sikap berjaga-jaga, seseorang itu dengan mudah boleh terjebak dalam perangkap dosa tanpa disedarinya. Dosa hati yang akan merosakkan amalan. Penyakit riya', 'ujub,itu sama sekali tidak akan menambah apa pun bagi Allah. Semoga aku dijauhi daripada sifat-sifat mazmumah itu.


Kerana itu, teruslah mengharap kasih sayang-NYA.
Basahkan bibir dengan mengucap istighfar dan kembalilah kepadanya dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Itulah "taubatan nasuha".


Pintalah keampunan kerana rahmat-Nya sangat luas mengatasi dosa semua manusia didunia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan